LAHAD DATU: Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di sini tengah hari tadi dan fenomena tersebut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit.
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.
"Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, " katanya.
Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.
"Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam," katanya.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu. - Foto media sosial/Sinar Harian
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Penduduk cemas lihat belalai air di Tanjung Tokong
Penduduk di sekitar Tanjung Tokong dekat sini gempar susulan berlakunya fenomena belalai air atau pusaran angin sekitar jam 1.30 petang tadi.
Gempar belalai air di Jambatan Pulau Pinang
Kali terakhir ia berlaku berhampiran Jambatan Pulau Pinang adalah pada Mac lalu.